Parasit yang menumpang dalam perut kuda

Parasit yang menumpang dalam perut kuda

Parasit dalaman boleh memberi ancaman kesihatan yang ketara kepada kuda. Parasit dalaman (cacing) ialah organisma hidup yang menjadikan sebahagian daripada kitaran hidup mereka dalam badan kuda (sebagai perumah). Sebahagian kitaran yang lain berlaku di persekitaran luar seperti di padang ragut.

Eww! Cacing hidup dalam najis kuda!

Cacing adalah parasit!

Cacing di dalam perut kuda adalah kejadian yang normal pada semua peringkat kehidupannya. Bilangan cacing yang rendah akan memberi sedikit kesan atau tiada kesan pada kesihatan kuda, tetapi bilangan cacing yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

 

 

Tanda-tanda kecacingan

Bergantung kepada jenis dan bilangan cacing yang ada di dalam perut, tanda-tanda kecacingan adakalanya tidak ketara dan adakalanya boleh menjadi seteruk ulser dan kolik. Simptom kewujudan parasit dalaman adalah seperti turun berat badan, lesu, lemah, kurang selera makan, prestasi yang tidak memuaskan, cirit-birit, sembelit, warna bulu yang kusam, kolik, dan jika berlaku kepada anak kuda yang masih kecil, boleh membantutkan tumbesarannya.

Apa yang biasa ‘dibela’?

Enam jenis parasit yang biasa ditemui di dalam perut kuda adalah seperti dalam gambar rajah.

Jenis-jenis parasit (cacing) dalam badan kuda (Sumber: Equimax Horse)

  1. Larva Bot Fly
  2. Strongyle
  3. Roundworm
  4. Tapeworm (Cacing pita)
  5. Pinworm

Seekor kuda boleh ‘membela’ beberapa jenis cacing dalam masa yang sama. Pengurusan padang ragut yang baik boleh mengurangkan pendedahan terhadap serangan parasit yang bersembunyi di sebalik rumput. Najis kuda yang terbiar dalam kawasan padang ragut boleh menjadi tempat pembiakan cacing-cacing parasit ini sama ada kitarannya datang daripada cacing yang matang ataupun daripada telur. Adalah sangat baik sekiranya najis terbiar itu dibuang di tempat yang betul.

Bolehkah kuda makan tahinya sendiri?

Matlamat sebagai pemilik kuda bukanlah untuk menghapuskan parasit dalaman sepenuhnya, tetapi untuk mengawal populasi cacing pada tahap yang tidak menyebabkan penyakit. Pengurusan parasit harus menggabungkan pelbagai kaedah untuk mengurangkan populasinya, dan bukan hanya bergantung pada ubat cacing.


Rujukan:

  1. Hiney, K., Gied, E.J. (March, 2017). Common Internal Parasites of the Horse. Oklahoma Cooperative Extension Service, Division of Agricultural Sciences and Natural Resources, Oklahoma State University. Retrieved on June 11, 2022, from https://extension.okstate.edu/fact-sheets/common-internal-parasites-of-the-horse.html
  2. Kirkland, B., Smarsh, D. (April 28, 2021). Prevalent Parasites: Common Types of Equine Internal Parasites. PennState Extension, College of Agricultural Sciences, The Pennsylvania State University. Retrieved on June 11, 2022, from https://extension.psu.edu/prevalent-parasites-common-types-of-equine-internal-parasites

Leave a Reply

Your email address will not be published.